Ads
SUKMA: Pemain Wilayah Persekutuan & Melaka ‘Berperang’
Piala Belia
Astro Arena

Aksi final bola sepak SUKMA 2024 panas gara-gara pertelagahan yang tercetus antara pemain Wilayah Persekutuan dan Melaka.

Advertisements

Aksi ini menentukan siapa juara baru SUKMA untuk acara bola sepak selepas juara bertahan, Terengganu disingkirkan di peringkat separuh akhir.

Advertisements

Wilayah Persekutuan terlebih dahulu mendahului di Stadium Mukah menerusi Harith Imran Hairee pada separuh masa pertama. Melaka kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Farish Ainun Aswadi pada minit ke-53.

Advertisements
Advertisements

Hajat Melaka bergelar juara baru SUKMA musnah apabila Nu’man Hakim Abdul Rahman meledakkan gol kemenangan pada minit ke-68.

Perlawanan kemudiannya bertukar tegang apabila penyerang Melaka, Haziq Zamri dikesan mengasari pemain Wilayah Persekutuan. Ini membawa kepada pertelagahan antara pemain kedua-dua pasukan di atas padang.

Advertisements

Pengadil perlawanan, Mohd Hazwan Hasim yang dibantu dua penolong pengadil, Oswald Anak Sentana dan Muhammad Harris Sharudin berjaya menenangkan pemain kedua-dua pasukan. Setelah itu, Hazwan mengarahkan Haziq keluar padang atas tindakannya itu.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 2-1 buat Wilayah Persekutuan. Meskipun perlawanan sudah berakhir, ini tidak menghalang pemain-pemain dan staf kejurulatihan Melaka bersemuka dengan Hazwan di atas padang.

Advertisements

Keadaan ini memaksa anggota pasukan keselamatan dibawa masuk untuk mengawal keadaan dan mengiringi pasukan pengadilan perlawanan ke bilik persalinan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram