Hanoi Pecah Rekod Kelab ASEAN berdepan Urawa Reds
ACL
Hanoi FC
Advertisements

Selepas mencipta kemenangan 2-1 ke atas Urawa Reds semalam, Hanoi FC telah mencipta sejarah tersendiri.

ASEAN Football melaporkan mereka menjadi pasukan dari rantau Asia Tenggara pertama berjaya mengalahkan pasukan itu dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dalam tempoh 16 tahun.

Sebelum ini, Urawa memiliki rekod baik ke atas pasukan-pasukan ASEAN dalam kejohanan itu dengan 10 kemenangan dan satu seri.

Advertisements

Ini termasuk kekalahan besar Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) di tangan mereka dalam pusingan 16 pasukan terbaik ACL edisi 2022.

Kemenangan itu membuka ruang kepada jaguh J1 League itu untuk mara dan mengatasi Al-Hilal sebagai juara ACL edisi berkenaan.

Bagaimanapun, kekalahan di tangan naib juara V. League 1 musim lepas itu meranapkan terus impian Urawa mempertahankan gelaran juara ACL.

Advertisements

Ini disebabkan mereka tidak berada dalam kelompok tiga teratas tempat kedua terbaik ACL dengan tujuh mata. Justeru, kekalahan semalam memastikan Urawa tersingkir awal di peringkat kumpulan.

Ini membuka ruang buat pasukan-pasukan Asia lain mengintai peluang menjadi juara ACL buat kali terakhir sebelum ia dijenamakan semula sebagai Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada musim hadapan.

Kemenangan mengejut Hanoi juga dianggap hadiah perpisahan pahit buat dua figura Urawa, Maciej Skorza dan Jose Kante.

Advertisements

Ini kerana Skorza akan meninggalkan pasukan selepas tamat kempen J1 League dan ACL musim ini. Manakala Kante pula bakal bersara selepas mengumumkan hasratnya baru-baru ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram