Advertising
Haqimi Azim Galas Harapan Besar Kim Pan-gon
MakanBola
FA Malaysia

Penyerang muda negara, Haqimi Azim Rosli membawa harapan besar Kim Pan-gon bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 22 tahun itu kembali disenaraikan dalam 26 pemain yang dibawa oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu bagi aksi menentang Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.

Ad

Beliau bagaimanapun berdepan saingan hebat terutamanya apabila peledak berpengalaman Kedah Darul Aman, Syafiq Ahmad untuk mengisi posisi serangan.

Ad

Pan-gon kelihatan sudah memantau persembahan yang dipamerkan oleh peledak KL City ini yang beraksi cemerlang pada kempen Piala Asia B-23 di Qatar tempoh hari.

Haqimi mendapat kepercayaan oleh ketua jurulatih, Juan Torres untuk beraksi pada babak kedua dalam dua aksi menentang Uzbekistan dan juga Vietnam.

Ad

Penyerang tinggi lampai ini akhirnya diberi peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama menentang Kuwait dan berjaya meledak satu gol.

Ad

Beliau akhirnya tersenarai bersama tiga lagi rakan skuad Malaysia B-23 iaitu Nooa Laine, Sikh Izhan dan juga Safwan Mazlan.

Ad

Tugas berat menanti skuad Harimau Malaya untuk mengutip 6 mata maksimum setelah menungut 6 mata daripada 4 perlawanan yang diharungi.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan kelima Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 6 Jun 2024 di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek sebelum terbang pulang bagi perlawanan keenam bertemu Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa, 11 Jun 2024.