Advertisement
Harapan Besar FAM Buat Craig Duncan
Harimau Malaya
MakanBola
Football NSW

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan harapan besar buat Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan, Craig Duncan.

Pada Khamis, Craig Duncan diumumkan oleh FAM sebagai Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan baharu Harimau Malaya menerusi satu kenyataan rasmi di laman web rasmi badan induk itu.

FAM hari ini mengumumkan Dr. Craig Duncan dari Australia sebagai Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan,” umum badan induk bola sepak negara itu.

Kehadiran Craig ke Malaysia ini diiringi pencapaian dan rekod hebat apabila berjaya melakar pelbagai kejayaan di peringkat domestik serta Asia bersama pasukan kebangsaan Australia dan Iraq.

Malah, Craig turut memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan untuk bergelar Pensyarah Kanan Senaman dan Sains Sukan di salah sebuah universiti ternama di Australia.

Oleh itu, FAM berharap Craig dapat mempersiapkan pasukan dalam keadaan terbaik dari segi fizikal dan juga taktikal untuk mencapai prestasi tertinggi yang mampu diraih oleh pemain-pemain.

“Dengan semua perancangan ini diharap ianya mampu untuk menyediakan pasukan kebangsaan dengan tahap kesediaan fizikal dan taktikal yang terbaik,” ujar FAM.

“Selain aspek berkaitan prestasi tinggi menjadi keutamaan dalam bola sepak Malaysia.”

Dr. Craig bakal memulakan tugas rasmi pada Januari 2025 bersama 3 lagi watak penting dalam projek revolusi Harimau Malaya iaitu Rob Friend, Peter Cklamovski dan Nafuzi Zain.