Advertising
Harapan Lihat Benjamin Mora Ke Malaysia Tidak Kesampaian
MakanBola
Queretaro FC

Harapan untuk melihat bekas pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Benjamin Mora pulang ke Malaysia tidak kesampaian.

Pengendali berusia 45 tahun itu telah mengumumkan perpisahan dengan kelab Kanada, York United FC selepas hanya 6 bulan bersama kelab tersebut.

Ad

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan ke Malaysia dengan destinasi baharu disebut-sebut ialah selaku pengendali Harimau Malaya.

Ad

Hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan apabila beliau dilantik selaku pengendali baharu kelab Liga MX, Queretaro FC menerusi satu pengumuman rasmi kelab.

“Selepas 12 tahun, Benjamin Mora kembali pulang ke Queretaro FC,” ujar kenyataan kelab.

Ad

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat bersama Atlas FC selama satu tahun di Mexico selepas meninggalkan JDT pada tahun 2022.

Ad

Mora pernah berkhidmat di Malaysia bersama JDT sejak tahun 2015 hingga 2022 sebelum pulang ke negara kelahirannya untuk mencuba cabaran baharu.

Ad

Ujian mencabar buat pengendali muda ini selepas kelab itu menghuni tangga ke-17 liga ketika ini selepas 17 perlawanan dengan hanya 3 kemenangan berjaya direkodkan.