Artikel ini berbentuk pendapat jadi bacalah tanpa rasa benci. Boleh diterima, boleh ditolak.
Kegagalan Harimau Malaya menewaskan Indonesia sekaligus gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020 cukup memeritkan dan satu tindakan drastik harus dilakukan.
Kegagalan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe mahupun individu lain yang terlibat dalam pemilihan senarai pemain akhir ke Singapura wajar diambil tindakan segera.
Bola sepak Malaysia bukan milik eksklusif sesiapa dan ianya adalah milik semua rakyat Malaysia yang cintakan bola sepak dan ia sebahagian dari kehidupan.
Kerap memanggil pemain yang sudah tidak boleh bermain seperti si pulan dan si pulan wajib diberhentikan dan digantikan dengan pemain yang lebih memberi impak dalam kancah bola sepak tempatan.
Di Liga main cantik, kerap diturunkan, cuma mungkin kurang serasi dengan pemain lain di kem latihan digugurkan dan pemain yang berkali-kali bermain teruk bersama pasukan kebangsaan terus diberi peluang.
Sampai bila?
Tidak boleh lari dari fakta ini kerana para pemain kelihatan tidak mampu memberikan tekanan kepada pasukan muda Indonesia. Seolah-olah mati akal dengan corak permainan pantas Indonesia.
Persediaan pasukan kebangsaan kali ini dan jadual Liga-M yang ‘lari’ disebabkan pandemik turut menjadi faktor utama namun fakta tidak dapat dipadam;
“Pemain yang teruk, terus diberikan peluang berkali-kali.”
Bukan nak salahkan sesiapa kerana pasukan kebangsaan akan dijulang ibarat bintang apabila menang namun akan dicemuh apabila tewas memalukan.
Kita tetap sayang pasukan negara Malaysia yang tercinta, cumanya jangan ulang kesilapan yang sama berulang kali.