Timnas Indonesia mengejutkan Malaysia menerusi kemenangan bergaya 1-4 di Stadium Nasional Singapura sekaligus mara ke separuh akhir Piala AFF 2020.
Kemenangan ini juga memberikan kelebihan buat Indonesia sebagai pendahulu kumpulan B dan bakal bertemu Singapura dalam perlawanan separuh akhir.
Indonesia hampir memperoleh jaringan seawal minit ke-2 namun sepakan deras Pratama Arhan sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang Malaysia.
Kogileswaran Raj menggembirakan kem Malaysia menerusi jaringan cantiknya pada minit ke-12. Sepakan derasnya gagal di tepis penjaga gawang Indonesia, Nadeo Argawinata.
Syafiq Ahmad hampir menjaringkan gol ke-2 Malaysia namun tappingnya yang sudahpun menewaskan penjaga gawang Indonesia sedikit tersasar.
Indonesia walaubagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-35 menerusi sepakan deras Irfan Jaya yang berjaya memunafaatkan satu keadaan kelam kabut di kotak penalti Malaysia.
Irfan Jaya sekali lagi menghukum kelalaian pertahanan Malaysia menerusi jaringan ke-2 Indonesia pada minit ke-42.
Bersambung babak ke-2 Pratama Arhan menjaringkan gol ke-3 Indonesia menerusi sepakan derasnya pada minit ke-50 sekaligus memberikan tekanan buat anak buah Tan Cheng Hoe.
Indonesia sekali lagi menghukum Malaysia menerusi jaringan ke-4 hasil tandukan Elkan Baggot pada minit ke-82.
Kedudukan kekal dengan Malaysia tewas 1-4 kepada Indonesia sekaligus gagal mara ke separuh akhir Piala AFF 2020.