Advertising
Harimau Malaya Hadapi Pasukan Ke-96 Dunia Aksi Ketiga
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Harimau Malaya bakal menghadapi cabaran pasukan ke-96 dunia bagi aksi ketiga ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024.

Pasukan kendalian Pau Marti berada dalam momentum cemerlang apabila menewaskan Laos dengan keputusan 3-1 di Thailand sebelum mengikat India dengan keputusan 1-1.

Ad

Perjalanan itu menyaksikan skuad kebangsaan memperoleh tambahan +3.17 mata untuk melonjak ke tangga 132 dunia berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA.

Ad

Ujian berikutnya buat Malaysia adalah aksi di AMEC yang menyaksikan skuad kebangsaan diundi bersama Kemboja, Timor Leste, Thailand dan juga Singapura pada peringkat kumpulan.

Cabaran sebenar Harimau Malaya adalah aksi menentang Thailand yang juga juara 7 kali kejohanan dengan kali terakhir muncul juara adalah pada tahun 2022.

Ad

Thailand kini menghuni tangga ke-96 dunia manakala Harimau Malaya di tangga ke-132 dunia dan menjadi pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara.

Ad

Rekod edisi lalu menyaksikan Thailand menewaskan Malaysia dengan agregat 3-1 pada aksi separuh akhir.

Ad

Ujian pertama skuad negara adalah aksi menentang Kemboja di gelanggang lawan pada 8 Disember ini.