Advertising
Pau Marti Hubungi 3 Pemain Kuching City
MakanBola
Kuching City FC

Seramai 3 orang pemain Kuching City dilaporkan dihubungi oleh barisan kejurulatihan Harimau Malaya diketuai oleh Pau Marti Vicente.

Pau Marti dan juga skuad kebangsaan baru sahaja selesai mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 beberapa hari lalu menentang Laos dan India di Hyderabad.

Ad

Pasukan negara berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Laos di Stadium PAT, Bangkok sebelum terpaksa akur diikat negara ke-125 dunia, India dengan keputusan seri 1-1.

Ad

Kedua-dua aksi ini dilihat sebagai salah satu persiapan bagi skuad Harimau Malaya sebelum membuka tirai saingan AFF Mitsubishi Electric Cup pada awal bulan Disember hadapan.

Tumpuan para peminat bola sepak tentunya terarah kepada senarai pemain yang akan dipanggil bagi membawa cabaran negara pada kejohanan tersebut dengan saingan liga turut berlangsung.

Ad

Laporan terdahulu memaklumkan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor tiada dalam perancangan kerana jadual kejohanan tersebut yang bertembung dengan saingan kelab di Asia.

Ad

Ini membuka peluang buat muka-muka baharu dan pemain muda untuk menyarung jersi kebangsaan dan membuktikan kemampuan membawa nama Harimau Malaya di peringkat Asia Tenggara.

Ad

Menurut pengendali Kuching City, Aidil Sharin Sahak, barisan kejurulatihan Harimau Malaya telah menghubungi tiga orang pemain The Cats untuk dipanggil menyertai kem latihan.

Walau bagaimanapun, Aidil hanya bersedia melepaskan dua orang pemain sahaja sementara itu seorang lagi pemain tidak dapat dilepaskan disebabkan komitmen kelab dalam saingan liga ketika ini.

“Tiga pemain disenaraikan dengan 2 daripadanya mendapat sokongan dan seorang lagi pemain saya (tidak dilepaskan) berhubung posisi yang kami buru pada musim ini,” kata Aidil menurut Stadium Astro.

“Dua pemain menerima sokongan 100 peratus daripada kami (untuk dilepaskan) kepada pasukan kebangsaan. Kami mahu memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.”

“Cuma salah satu daripadanya belum bersedia atas alasan kami sendiri, kami sentiasa cuba salurkan bantuan kepada pasukan kebangsaan,” ujar bekas pengendali Kedah Darul Aman itu.

Harimau Malaya bakal memulakan saingan di AFF Mitsubishi Electric Cup berdepan Kemboja pada 8 Disember di Phnom Penh pada jam 6.45 petang waktu Malaysia.