Malaysia tak berdepan masalah beraksi di padang berlecak apabila menundukkan Laos dengan keputusan 3-1.
Skuad kendalian Pau Marti melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama termasuklah memberikan debut kepada perancang tengah, Zhafri Yahya.
Malaysia berjaya mendahului permainan apabila sepakan penjuru Arif Aiman berjaya ditanduk masuk oleh pertahanan tengah, Harith Haiqal pada minit ke-6.
Keadaan hujan lebat menjejaskan rentak Harimau Malaya yang terlepas beberapa peluang keemasan di hadapan gawang lawan.
Laos berjaya mengikat kedudukan apabila kesilapan pertahanan dimanfaatkan oleh Kydavone Souvanny pada minit ke-33 menewaskan Syihan Hazmi.
Bersambung babak kedua, Malaysia memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol kedua namun tidak dimanfaatkan.
Percaturan memasukan tiga pemain serentak iaitu Daniel Ting, Stuart Wilkin dan juga Fergus Tierney membuahkan hasil apabila Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti.
Sergio Aguero berjaya mendapatkan sepakan penalti kedua buat Malaysia sebelum menyempurnakannya menewaskan Keo Oudone pada minit ke-83.
Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Aksi berikutnya menyaksikan Harimau Malaya akan bertemu India pada 18 November di gelanggang lawan.