Advertising
Piala Malaysia: Kuching City Bawa Bekalan Tipis Atasi Penang
MakanBola
Penang FC
Sponsors

Kuching City FC berjaya meraih bekalan tipis apabila menewaskan Penang FC di Stadium Bandaraya untuk aksi pertama pusingan 16 terakhir Piala Malaysia.

Penang yang dibimbing jurulatih baharu iaitu Wan Rohaimi Wan Ismail menurunkan barisan pemain yang sedikit berbeza dengan mempertaruhkan Alif Ikmalrizal sebagai penyerang utama manakala Kuching City meletakkan harapan buat Tchetche Kipre sebagai penggempur.

Ad

Perlawanan dimulakan dengan agak perlahan oleh kedua-dua pasukan dengan permukaan padang yang lembab juga menjadi cabaran hebat untuk pemain menampilkan permainan terbaik.

Ad

Peluang terbaik pertama dalam perlawanan adalah milik Kuching City apabila Tchetche Kipre hampir meledak pada minit ke-33 namun percubaannya terkena tiang selepas menyambar hantaran lolos menarik dari Danial Amier.

Jaringan yang dicari-cari Kuching City akhirnya tiba pada minit ke-43 melalui penyudah Ramadhan Saifullah yang menyempurnakan hantaran Kipre.

Ad

Jaringan tersebut sekali gus menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0 memihak Kuching City.

Ad

Bersambung babak kedua, Penang membuat beberapa pertukaran dengan membawa masuk Azmeer Aris dan Nabil Latpi untuk memperkemaskan gerak serangan bagi mencari jaringan penyamaan.

Ad

Kipre sekali lagi menguji gawang Penang melalui rembatan deras pada minit ke-48 namun diselamatkan Sikh Izhan di gawang Penang.

6 minit kemudian, Azmeer Aris turut berpeluang mencipta nama sebagai penjaring namun rembatan jarak jauh pemain itu sedikit tersasar di sisi gawang.

Penang terus menguasai perlawanan dengan percubaan merbahaya namun ketangkasan penjaga gol Kuching, Wan Azraie acap kali menggagalkan setiap usaha Penang.

Perlawanan akhirnya ditamatkan dengan kemenangan tipis 1-0 menjadi milik Kuching City mengatasi Penang.

Kedua-dua pasukan dijadualkan bertemu sekali lagi dalam aksi timbal balik pada 30 November depan yang mana menyaksikan Kuching City menjadi tuan rumah.