Advertising
Harimau Malaya Komited Bangunkan Pemain Tempatan
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend memaklumkan pengurusan pasukan itu terus komited membangunkan pemain tempatan yang berkualiti.

Friend melihat pembangunan pemain tempatan dalam semua peringkat bola sepak di Malaysia penting demi memastikan kejayaan yang mampan buat skuad kebangsaan.

Ad

Meskipun naturalisasi menjadi komponen penting strategi pasukan itu, pembangunan pemain tempatan tetap menjadi keutamaan.

Ad

Ini kerana Friend melihat itu akan membawa kepada skuad Harimau Malaya yang seimbang dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Walau bagaimanapun, kami tetap sama-sama komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Ad

“Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi kami, kami memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan untuk pasukan kebangsaan.

Ad

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia.”

Ad

Sebelum ini, Friend memaklumkan seorang pemain berdarah Belanda kini dalam proses akhir mendapatkan pasport Malaysia. Tiga lagi pemain dalam proses mendapatkan kerakyatan.