Advertising
Rob Friend: 3 Lagi Pemain Dalam Proses Dapatkan Kerakyatan Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend membawa khabar mengenai 3 pemain yang dalam proses untuk memperoleh kerakyatan Malaysia.

Perkara ini diumumkan oleh beliau menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Selasa berkenaan proses melibatkan 4 pemain warisan.

Ad

Menurut Friend, salah seorang daripada 4 pemain tersebut kini sedang dalam peringkat terakhir sebelum mendapatkan pasport malah difahamkan juga berasal dari negara Belanda.

Ad

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir,” kata Rob Friend dalam satu kenyataan.

Manakala, 3 pemain warisan yang lain pula kini dalam proses untuk memperoleh kerakyatan Malaysia sekaligus mengikuti jejak langkah pemain dari Belanda itu yang bakal menyarung jersi negara.

Ad

“Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan,” tambah beliau.

Ad

Oleh itu, Friend berharap dengan kehadiran pemain-pemain warisan ini mampu memberi nilai tambah baharu buat skuad kebangsaan menjelang sepak mula Kelayakan Piala Asia itu nanti.

Ad

“Kami berharap ingin mengambil langkah yang cemerlang apabila Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac,” ujar Friend.

“Dengan mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya.”

Sebelum ini, pihak FAM telah memaklumkan hampir seramai 8 orang pemain warisan sedang berada dalam proses untuk mewakili Harimau Malaya dan sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.