Advertising
Terkini: 8 Pemain Warisan Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

8 pemain warisan bakal menyarung jersi Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal menerima tonik tambahan selepas FAM mengesahkan bahawa dokumentasi 4 pemain sedang diuruskan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.

Ad

Bukan itu sahaja, terdapat 4 pemain lain juga sedang melengkapkan proses dokumentasi yang membolehkan pemain tersebut mewakili Malaysia.

Ad

“Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

“FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya.

Ad
Ad

Usaha ini memberikan kesan besar apabila skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac 2025.