Advertising
Tonggak Belanda Jadi Pemain Terawal Sertai Revolusi Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA

Tonggak Belanda bakal menjadi pemain terawal yang memperkuat Harimau Malaya.

Perkara itu dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Robert Friend dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ad

Beliau memaklumkan bahawa usaha untuk memastikan pemain berbakat ini memperkuat pasukan kebangsaan kini berada pada proses terakhir.

Ad

“Proses mendapatkan pasport Malaysia untuk pemain warisan dari Belanda kini berada di peringkat akhir. Tiga lagi pemain juga dalam proses mendapatkan kerakyatan.

“Kami berharap langkah ini akan membantu kecemerlangan bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 bermula pada Mac.

Ad

“Bukan itu sahaja, Harimau Malaya juga mempunyai pilihan yang lebih luas dengan pemain-pemain warisan ini akan meningkatkan peluang bagi aspirasi kami untuk membawa Harimau Malaya ke peringkat seterusnya,” jelasnya kepada FA Malaysia.

Ad

Walau bagaimanapun, Rob Friend mahu memastikan skuad kebangsaan dibarisi pemain yang seimbang sekaligus mewujudkan persaingan sengit pada masa hadapan.

Ad

“Kami tetap komited untuk mencapai hasil dalam pembangunan pemain domestik di semua peringkat bola sepak di Malaysia. Walaupun naturalisasi adalah antara komponen penting dalam strategi kami, kami memahami kepentingan memupuk bakat tempatan untuk memastikan kejayaan yang mampan untuk pasukan kebangsaan.

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan skuad seimbang dan berdaya saing yang mewakili kebanggaan dan semangat bola sepak Malaysia,” tambahnya.

Setakat ini, identiti mengenai pemain baharu yang bakal menyertai skuad kebangsaan masih belum dikenal pasti.

Ujian pertama pasukan kebangsaan adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac nanti.