Harimau Malaya Lonjak Ke Tangga 132 Dunia
MakanBola
Edited By FZ
Sponsors

Harimau Malaya kini melonjak ke kedudukan 132 dunia berdasarkan kemas kini terbaru FIFA.

Baru-baru ini, skuad kendalian Pau Marti Vicente berjaya menamatkan penantian sejak sekian lama apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024.

Ad

Malaysia berjaya menundukkan jaguh Timur Tengah, Lubnan dengan keputusan 1-0 manakala menewaskan Filipina dengan jaringan 2-1 ketika aksi separuh akhir.

Ad

Kemenangan itu membolehkan Malaysia kembali menghampiri kelompok 130 terbaik dunia apabila berada pada kedudukan ke-132 dunia.

Harimau Malaya menerima tambahan +10.16 mata FIFA untuk mengumpul 1117 mata, 6 mata dipisahkan dengan pasukan tangga 130 dunia, Rwanda.

Ad

Malaysia kini merupakan pasukan ke-4 terbaik di Asia Tenggara selepas Thailand (100), Vietnam (116) dan juga Indonesia (129).

Ad

Ujian seterusnya buat skuad negara adalah aksi persahabatan menentang New Zealand Oktober ini sebelum menghadapi kejohanan Piala AFF Mitshubishi Electric 2024.

Ad