Harimau Malaya menaruh harapan besar kepada kudrat 3 pemain luar negara untuk membawa cabaran pasukan.
Skuad kendalian Pau Marti bakal menempuhi satu lagi cabaran selepas cemerlang menundukkan Laos dan mengikat India pada aksi persahabatan Tier 1 FIFA bulan November lalu.
Malaysia bakal beraksi dalam saingan Piala Mitshubishi Electric ASEAN 2024 dengan senarai 26 orang pemain Harimau Malaya telah pun diumumkan.
Pengendali kelahiran Sepanyol itu telah memberi ruang kepada muka-muka baharu untuk menggalas cabaran negara seperti Jimmy Raymond, Harith Shamsuri, Aiman Hakimi, Daryl Sham dan Pavithran untuk mendapat tempat.
Gabungan pemain muda dan berpengalaman dalam skuad negara ini menjadi taruhan tatkala skuad negara akan berdepan Kemboja pada aksi pembukaan 8 Disember ini.
Seruan kepada tiga pemain luar negara dilakukan oleh Pau Marti selepas memanggil pulang perancang tengah negara, Endrick Dos Santos yang kini beraksi buat Ho Chi Minh City di Vietnam.
Bukan itu sahaja, beliau turut memanggil semula pemain seperti Muhammad Abu Khalil yang menempah tempat di FC Osaka dan juga penyerang muda negara, Fergus Tierney yang beraksi di Thailand.
Tugas besar menanti Malaysia terutamanya bakal berdepan pasukan ke-97 dunia, Thailand bagi aksi ketiga kumpulan di tempat lawan.
Harimau Malaya menamatkan kempen terdahulu selaku semi finalis selepas ditundukkan oleh Gajah Perang dengan keputusan 3-1.