Harimau Malaya Tagih Sokongan Padu Penyokong Di Laman Sendiri
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan, Harimau Malaya mengharapkan sokongan padu penyokong bila turun beradu pada 16 November ini.

Bagi Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, sokongan padu penyokong penting bagi membolehkan skuad negara memulakan kempen Kumpulan D dengan langkah kanan.

Ini kerana jika skuad negara dapat melakukannya dengan bantuan para penyokong, ia bakal memberi manfaat besar kepada bola sepak Malaysia untuk jangka masa panjang.

Advertisements

“Bila kita bermain dengan pasukan besar, moral pasukan akan jadi lebih tinggi. Di mana kita boleh berdepan China, Syria, India dan Tajikistan walaupun kita terlepas (peluang menang) dengan Tajikistan.

“Jadi, saya nak nyatakan di sini pentingnya (penyokong memberi sokongan dalam) perlawanan menentang Kyrgyzstan ini. Bukan Kyrgyzstan saja yang penting. Dengan Taiwan, Oman dan perlawanan seterusnya sampai bulan Jun depan.

“Jadi, (untuk) pasukan kita ini, kita harap boleh layak (ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026). Banyak faedah buat bola sepak Malaysia,” katanya kepada MakanBola dalam sidang media yang diadakan semalam.

Advertisements

Berdasarkan jumlah terbaru tiket perlawanan yang dikeluarkan FAM, hanya 5,944 tiket perlawanan yang terjual setakat ini.

Walaupun jualan tiket sedikit lembap disebabkan faktor cuaca, faktor kewangan dan hari perlawanan yang jatuh pada hari bekerja, ramai percaya Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan dibanjiri penyokong Harimau Malaya pada 16 November ini.

Dengan sokongan padu penyokong dan keadaan padang SNBJ yang lebih baik, Malaysia pastinya mahu memanfaatkan semua kelebihan itu bila berdepan The White Falcons nanti.

Advertisements

Bagi yang masih belum berkesempatan mendapatkan tiket perlawanan menentang Kyrgyzstan, tiket boleh didapati dengan menekan pautan di bawah.

Tiket Perlawanan Malaysia vs Kyrgyzstan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram