Harimau Malaya Terus Kebal, Kemudi Tangga Teratas Kumpulan
MakanBola
FA MALAYSIA
Sponsors

Harimau Malaya meneruskan momentum cemerlang apabila tidak tewas dalam dua aksi sekaligus menghuni tangga teratas kumpulan.

Skuad kendalian Pau Marti berdepan pelbagai kekangan bagi menghadapi ASEAN Championship sungguhpun memanggil 26 orang pemain.

Ad

Pasukan kebangsaan bermula baik apabila berjaya mencuri mata di gelanggang lawan selepas mengikat pasukan ke-180 dunia, Kemboja dengan keputusan 2-2.

Ad

Beraksi di laman sendiri, skuad negara berdepan tentangan pasukan ke-196 dunia, Timor Leste namun bekerja keras sebelum melakar kemenangan pertama dengan keputusan 3-2.

Rekod bersih ini memastikan Harimau Malaya melonjak ke tangga teratas kumpulan dengan 4 mata disusuli oleh Thailand dan Singapura masing-masing dengan 3 mata.

Ad

Ujian sebenar Malaysia adalah menentang Thailand di Stadium Rajamangala, Bangkok pada 14 Disember sebelum melayan kunjungan Singapura pada 20 Disember.

Ad

Hanya dua pasukan dari setiap kumpulan akan layak ke pentas separuh akhir bermula 26 Disember yang bakal berlangsung secara timbal balik sehingga 30 Disember.

Edisi terakhir pada tahun 2022 menyaksikan Harimau Malaya berjaya mara ke pentas separuh akhir namun tunduk di tangan Thailand dengan agregat 3-1.