Harimau Muda Bakal Kembali Warnai Liga Malaysia
MakanBola
FA Malaysia

Harimau Muda bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan.

Sebelum ini, skuad Harimau Muda pernah membuat kemunculan dalam saingan Liga Perdana musim 2007/08 dan 2009.

Ad

Skuad yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee ketika itu meraih kedudukan kelapan (musim 2007/08) dan gelaran juara (musim 2009).

Ad

Harimau Muda kemudiannya dipecahkan kepada Harimau Muda A dan Harimau Muda B. Harimau Muda A beraksi dalam saingan Liga Super musim 2011 dan S-League (nama lama Singapore Premier League (SPL)) 2012.

Harimau Muda B kemudiannya beraksi dalam saingan Liga Perdana musim 2011 dan 2012. Harimau Muda B menjadi pengganti skuad Harimau Muda A beraksi di Singapura pada 2013.

Ad

Satu lagi skuad Harimau Muda dibentuk iaitu Harimau Muda C. Pasukan ini bersaing dalam saingan Liga FAM musim 2015.

Ad

Ketiga-tiga pasukan ini kemudiannya dibubarkan pada penghujung tahun sama. Semua pemain yang beraksi untuk tiga pasukan ini kembali menyertai pasukan negeri masing-masing.

Ad

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/26 bakal menyaksikan kehadiran semula Harimau Muda.

“AFL akan menambah baik Liga A1 musim depan, difahamkan akan disertai tiga pasukan B-23 iaitu Selangor, JDT dan Harimau Muda,” katanya di X.

Langkah ini dilihat sebahagian daripada usaha membantu jurulatih Harimau Muda, Nafuzi Zain membina skuad mantap untuk tahun 2025.

Ini kerana pasukan itu akan berdepan beberapa kejohanan penting termasuk Sukan SEA 2025 dan Kejohanan ASEAN B-23 2025.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments