Hariss Harun Kesan Perubahan Besar Kem Singapura
Asia Tenggara
FA Singapore
Advertisements

Kehadiran Tsutomu Ogura sebagai pengendali baharu Singapura telah mula memberikan perubahan besar kepada kem kebangsaan Singapura menurut Hariss Harun.

Ketua jurulatih Singapura itu bakal melaksanakan tugasan pertama berdepan China kelak setelah tiba pada Februari lalu bagi menggantikan pemergian Takayuki Nishigaya.

Kapten pasukan Singapura, Hariss Harun mengakui Tsutomu Ogura telah memberikan impak segera terhadap skuad Singapura dari segi pengurusan dan juga corak permainan yang ingin diterapkan.

Advertisements

Ketua jurulatih baharu itu juga mempunyai matlamat serta percaturan yang jelas untuk pasukan Singapura.

“Beliau (Tsutomu Ogura) amat menekankan terhadap intensiti latihan. Beliau percaya sesi latihan perlu lebih sukar daripada perlawanan itu sendiri.”

“Saya rasa inilah apa yang pasukan Singapura perlukan sebagai persiapan jangka masa panjang. Bagi saya, saya mengalukan latihan sebegini. Semoga percaturan ini akan membuahkan hasil pada masa akan datang.”

Advertisements

“Prestasi kami beberapa tahun sebelum ini tidak berapa bagus. Jadi kami mahu berikan sesuatu kepada penyokong menentang China nanti terutamanya kami bermain digelanggang sendiri.” ujar Hariss Harun menurut CNA.

Singapura akan melawan China pada 21 Mac dan 26 Mac ini bagi aksi peringkat kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ketika ini Singapura berada ditangga terakhir kumpulan tanpa sebarang mata setelah merekodkan 2 kekalahan berturut-turut kepada Korea Selatan dan Thailand.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram