Harith Haiqal Sasar Buru Mata Pertama Berdepan Uzbekistan
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan skuad bawah 23 tahun Malaysia, Harith Haiqal meletakkan sasaran peribadi menjelang aksi pertama peringkat kumpulan Piala Asia B-23 menentang Uzbekistan esok.

Menurut beliau, pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa ini, beliau hanya memfokuskan untuk meraih satu mata ketika berdepan jaguh Asia Tengah itu nanti.

”Secara peribadi saya mahukan satu mata menentang Uzbekistan,” ujar beliau secara ringkas kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi.

Advertisements

Meskipun hanya menyasarkan satu mata, namun bek tengah berusia 22 tahun ini bertekad untuk berjuang habis-habisan bersama rakan sepasukan apabila turun membawa nama negara nanti.

”Tetapi kami Malaysia, takkan kami nak mengalah begitu sahaja. Kami akan berikan saingan yang terbaik sepenuhnya kali ini,” tambah pertahanan Selangor FC itu ketika ditemui di sesi latihan skuad negara.

Uzbekistan merupakan pasukan yang cukup sinonim dengan kejohanan ini apabila mara dua kali ke pentas akhir dalam tiga edisi lalu dengan pencapaian terbaik muncul juara pada edisi 2018.

Advertisements

Skuad kendalian itu juga meraih gelaran naib juara pada edisi yang lalu di samping berada dalam prestasi terbaik apabila mencatatkan dua kemenangan dan satu seri dalam tiga aksi persahabatan sebelum ini.

Skuad muda negara bimbingan Juan Torres Garrido akan memulakan saingan Piala Asia Bawah 23 berdepan Uzbekistan pada Rabu dengan sepakmula jam sembilan malam waktu tempatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram