Hasrat Dua Anak Fandi Ahmad Untuk Menari Bersama Tertangguh Lagi
MakanBola
FA Singapore
Sponsors

Baru-baru ini, jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Takayuki Nishigaya telah mengumumkan senarai 28 pemain yang dipanggil bagi menyarung jersi Singapura bagi aksi persahabatan FIFA menentang Tajikistan dan Chinese Taipei pada 8 dan 12 September ini.

Nishigaya turut memanggil empat pemain yang berpangkalan di luar negara untuk memberi kekuatan tambahan kepada pasukan Singapura. Empat pemain tersebut adalah Jacob Mahler, Irfan Fandi, Ryhan Stewart dan Song Uiyoung.

Ad
Sponsors
View this post on Instagram

A post shared by FAS (@fasingapore)

Ad

Namun pengendali dari Jepun itu terpaksa melupakan khidmat dua anak kepada Fandi Ahmad iaitu Ikhsan Fandi dan Ilhan Fandi sekali lagi ekoran daripada kecederaan. Ini bermakna hasrat mereka untuk beraksi dan menari bersama di atas padang tertangguh.

Difahamkan Ikhsan Fandi dan Ilhan Fandi, kedua-duanya sedang menjalani peringkat akhir pemulihan masing-masing akibat daripada kecederaan lutut yang dialami.

Ad

The Lions akan menentang Tajikistan di ranking ke-110 dunia (8 September), dan Chinese Taipei di ranking ke-153 dunia (12 September) di Stadium Bishan, dengan kedua-dua perlawanan bermula pada 7.30 malam.

Ad

Stadium Bishan telah dipilih sebagai venue untuk kedua-dua perlawanan persahabatan ini memandangkan ketiadaan Stadium Nasional tidak dapat digunakan.

Ad