Hasrat penyokong untuk melihat bisa peledak kelahiran Singapura, Ikhsan Fandi di Liga Malaysia tertangguh lagi.
Pemain berusia 25 tahun itu berkelana di Thailand bersama BG Pathum United dan menjadi antara watak yang digeruni di sana.
Pengalaman beraksi di eropah seperti bersama kelab Norway, Raufoss dan juga Jerv jelas membantu perkembangan beliau.
Bapanya yang juga merupakan lagenda Singapura kini bergelar jurulatih kelab Liga Super, Sri Pahang FC sejak musim lalu.
Menerusi beberapa laporan daripada media Asia Tenggara, penyerang kebangsaan Singapura itu memilih untuk melanjutkan kontrak bersama BG Pathum sehingga tahun 2027.
Beliau menyertai kelab tersebut pada musim 2021/2022 dan berjaya menjaringkan 8 gol daripada 18 perlawanan.
Antara impak terbesar Ikhsan ketika membantu BG Pathum pada kempen ACL musim 2022 dan berjaya mara ke pusingan kalah mati.
Baru-baru ini, abang beliau iaitu Irfan Fandi dikaitkan bakal meninggalkan kelab tersebut dan menyertai salah satu kelab besar Thailand, Port FC.