Ads
Irfan Fandi Bakal Sertai  Kelab Gergasi Asia Tenggara?
Transfer
BG Pathum United

Tonggak pertahanan Singapura, Ikhsan Fandi dikhabarkan bakal menyertai salah sebuah kelab gergasi di Asia Tenggara.

Advertisements

Pemain berusia 26 tahun itu sudah memasuki tahun ke-7 bersama kelab Liga Thailand, BG Pathum United dan menjadi antara salah seorang watak penting pasukan.

Advertisements

Beliau berjaya membantu BG Pathum untuk menamatkan saingan liga di tangga ke-4 selain beraksi dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Advertisements
Advertisements

Spekulasi mengenai masa depan anak lagenda bola sepak Singapura itu mula menjadi tanda tanya selepas beliau dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

Menerusi beberapa perkhabaran dari Thailand, Irfan dikatakan telah menjadi sasaran kelab lain susulan prestasi luar biasa bersama BG Pathum.

Advertisements

Antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya ialah Port FC selepas satu hantaran di laman Facebook mengenai bayangan tiga pemain baharu bagi musim hadapan.

Port FC dikatakan memburu khidmat tiga pemain iaitu Chaiyawat Buran (Lamphun United), William Mota (Bangkok United) dan juga Irfan Fandi.

Kontrak pemain kebangsaan Singapura ini bakal berakhir pada Jun 2026 menurut laman Transfermarkt namun persembahan cemerlangnya di Thailand.

Advertisements

Pertahanan kental ini telah beraksi sebanyak 19 perlawanan dan menjaringkan satu gol selain mengumpul 48 penampilan bersama Singapura.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram