Peminat bola sepak negara terpaksa melupakan hasrat untuk menyaksikan nama besar Liga Korea, Osmar Barba beraksi ke Liga Malaysia 2024.
Ini kerana, bekas pemain FC Seoul, Osmar Barba dilaporkan telah menyertai kelab baharu Seoul E-Land. Pengumuman rasmi itu dilaporkan di laman sosial Instagram kelab Seoul E-Land tengah hari semalam.
Sebelum ini hangat beliau dikaitkan dengan spekulasi yang mana akan menyertai Kedah Darul Aman bagi musim 2024. Walau Bagaimanapun, spekulasi tersebut telah dinafikan oleh pengurus pasukan Joe Razi.
Beliau memiliki kelebihan fizikal yang cukup baik dengan ketinggian 1.92 meter itu dapat memperkuat barisan pertahanan E-Land yang dibolosi 54 kali musim 2023.
Kontrak Barba difahamkan sudah tamat dan memiliki nilai pasaran 1.25Juta Euro (RM6.4 Juta) namun memilih untuk kekal di Liga Korea.