Media Korea Bocorkan Berita Perpindahan Bintang Baharu Kedah
Transfer
FC Seoul
Advertisements

Salah sebuah media di Korea telah pun membocorkan berita perpindahan seorang bintang FC Seoul, Osmar Barba yang difahamkan bakal menyertai Kedah Darul Aman bagi musim 2024.

Pemain kelahiran Sepanyol itu merupakan bintang utama buat kelab Korea itu yang telah menamatkan saingan di tangga ke-7 musim ini.

Bekas bintang Buriram United itu dilaporkan sudah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukan dan juga kelabnya selain difahamkan bakal membawa haluan baharu.

Advertisements

Menerusi satu laporan oleh Sports Chosun, pemain berusia 35 tahun itu dikatakan bakal menyertai skuad bimbingan Nafuzi Zain bagi musim baharu.

“Osmar telah bermain 344 perlawanan dalam sembilan tahun, menetapkan rekod kelab untuk penampilan asing yang paling banyak dalam sejarah.”

Advertisements

“Pada tahun 2016, ketika Seoul terakhir mengalahkan liga, dia berkhidmat sebagai kapten asing pertama kelab Seoul.

Sebelum ini, tular berita mengenai masa depan pemain Kedah Darul Aman, Bojan Ciger yang difahamkan masih belum diputuskan sungguhpun menjadi tunjang utama musim ini.

Advertisements

Osmar yang beraksi hampir kesemua perlawanan dalam kesebelasan utama musim ini dan berjaya menjaringkan dua gol.

Beliau memiliki kelebihan fizikal yang cukup baik dengan ketinggian 1.92 meter bakal membantu jentera pertahanan Sang Kenari pada musim hadapan.

Advertisements

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada mana-mana pihak mengenai berita ini dengan semua pasukan masih rancak melakukan urusan perpindahan.

Kontrak Barba difahamkan tamat pada penghujung tahun ini memiliki nilai pasaran 1.25Juta Euro (RM6.4 Juta) dan bakal menjadi pemain kedua termahal di Liga Super selepas Jalil Elias (RM15.3 Juta).

“Menurut satu kenyataan, Seoul akhirnya memutuskan untuk tidak menandatangani semula(kontrak bebas) Osmar, yang kontraknya berakhir pada akhir tahun ini. Osmar memaklumkan keputusan kelab dan dikatakan bahawa pemain itu sendiri menerima realiti itu. Osmar kini menyertai Kedah iaitu pasukan dari Malaysia.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram