Sabah & Kedah Raih ‘Habuan’ RM2.7 Juta
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Kejayaan pasukan Sabah & Kedah Darul Aman dalam kempen Liga Super berjaya meraih habuan sebanyak RM2.7 Juta setelah berjaya menduduki tangga ke-3 dan ke-4 musim ini.

Pertembungan antara The Rhinos dan Sang Kenari berlangsung di Stadium Likas menyaksikan Sabah berjaya memintas kedudukan Kedah pada saat akhir.

Kemenangan 2-0 itu menyaksikan anak didik Dato’ Ong Kim Swee menamatkan kempen Liga Super 2023 di tangga ketiga sekaligus memintas kedudukan Kedah.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan oleh MFL, kedudukan ini membolehkan Sabah dan Kedah meraih wang ganjaran yang cukup besar selari dengan konsistensi yang ditampilkan dalam liga.

“Bagi tahun 2023, MFL menyediakan mekanisme agihan yang akan melihat semua pasukan mengetahui dengan jelas peningkatan pulangan mereka berdasarkan kedudukan di tangga Liga.”

“MFL percaya pengagihan mengikut merit ini adalah langkah yang jelas bagi mendorong setiap kelab untuk berusaha mencapai prestasi terbaik sehingga akhir musim kerana setiap kedudukan di dalam Liga mempunyai nilai ganjaran.”

Advertisements

Agihan musim ini juga membolehkan enam kelab terbaik dalam liga peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta.

Pasukan yang menduduki kedudukan paling rendah juga mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada 2022.

Berdasarkan jadual sistem pengagihan yang dikeluarkan oleh MFL, Sabah bakal memperoleh agihan rata RM500 Ribu dan agihan merit sebanyak RM1 Juta selaku tempat ke-3 Liga Super dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM1.5 Juta.

Advertisements

Anak buah Nafuzi Zain pula menerima agihan rata RM500 Ribu dan juga agihan merit sebanyak RM700 Ribu yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak RM1.2 Juta.

Wang ganjaran ini sudah pasti bermakna buat kelab di Malaysia untuk merangka perjalanan musim baharu untuk merebut tempat ke Asia tahun 2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram