ACL
JST & SFC
Advertisements

Kejayaan dua pasukan Liga Super 2023, JDT dan Selangor FC untuk mara ke pentas Asia musim hadapan diserikan dengan habuan berjumlah RM4.3 Juta buat kedua-dua pasukan.

Skuad Harimau Selatan muncul selaku pemenang Liga Super kali ke-10 berturut-turut dan mengesahkan slot ke pertandingan Tier 1 di Asia iaitu AFC Champions League Elite (ACLE).

Sebanyak 12 pasukan elit di Asia bakal menjadi lawan JDT sementara The Red Giants yang muncul selaku naib juara Liga Super 2023 bakal beraksi di AFC Champions League 2.

Advertisements

Kemenangan berdepan Kedah Darul Aman dengan keputusan 1-0 telah mengesahkan kemaraan anak buah Tan Cheng Hoe ke Asia.

“Sistem pengagihan kepada 14 kelab Liga Super 2023 ini bakal menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama musim lalu.

Advertisements

Agihan musim ini juga membolehkan enam kelab terbaik dalam liga peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta.

Pasukan yang menduduki kedudukan paling rendah juga mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada 2022.

Advertisements

Berdasarkan jadual sistem pengagihan yang dikeluarkan oleh MFL, skuad Harimau Selatan memperoleh agihan rata RM500 Ribu dan agihan merit sebanyak RM1.9 Juta selaku juara Liga Super dan menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM2.4 Juta.

IMG 3451 1 JDT & Selangor Terima 'Habuan' RM4.3 Juta

Selangor pula menerima agihan merit RM500 Ribu dan juga agihan merit sebanyak RM1.4 Juta membawa kepada jumlah keseluruhan kepada RM1.9 Juta.

Advertisements

Jumlah keseluruhan bagi wang ganjaran yang diterima oleh kedua-dua pasukan adalah sebanyak RM4.3 Juta.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram