Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pasukan gergasi Liga Super, Selangor FC menerima khabar gembira apabila berjaya menempah slot ke Asia bagi musim hadapan apabila muncul selaku naib juara Liga Super 2023 dan meraih wang ganjaran bernilai RM1.9 Juta.

The Red Giants mempamerkan persembahan kelas tinggi di Stadium Darul Aman dengan gol tunggal Ayron Del Valle memastikan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman.

Selangor mengakhiri saingan liga di tempat kedua berbaki satu perlawanan dengan mengumpul 58 mata meninggalkan Kedah di tangga ketiga liga.

Advertisements

Kemenangan itu memastikan Selangor menerima wang ganjaran RM1.9 Juta dengan sisten pengagihan kepada 14 kelab Liga Super 2023 menyaksikan peningkatan sebanyak lebih 96.55 peratus iaitu RM15.675 juta berbanding RM7.975 juta yang diagihkan kepada 14 kelab yang sama musim lalu.

Selangor memperoleh agihan rata sebanyak RM500 Ribu sementara agihan merit sebanyak RM1.4 Juta sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kepada RM1.9 Juta.

Agihan musim ini akan membolehkan enam kelab terbaik dalam liga memiliki peluang untuk membawa pulang lebih RM1 juta manakala pasukan yang menduduki kedudukan paling rendah juga mampu membawa pulang sekurang-kurangnya RM600,000 berbanding hanya RM250,000 pada 2022.

Advertisements

Selangor juga mara ke pentas Asia dengan sentuhan jurulatih tempatan selepas dua kali mencuba dengan sentuhan Jerman iaitu Jerman Karstel Neitzel dan Michael Feichtenbeiner.

IMG 3451 Selangor Raih Wang Ganjaran RM1.9 Juta

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram