Ads
Hasrat Thailand Lunas Dendam Ke Atas Harimau Malaya Tertangguh
Asia Tenggara
FA Malaysia

Hasrat skuad kebangsaan Thailand untuk melunaskan dendam tersingkir daripada saingan King’s Cup di tangan Malaysia dua tahun lalu tertangguh.

Advertisements

Penangguhan itu disebabkan Malaysia dipastikan tidak menyertai kejohanan tersebut yang dijadualkan berlangsung pada Oktober.

Advertisements

Sebaliknya, Malaysia memberikan fokus sepenuhnya bagi saingan Pestabola Merdeka 2024 yang bakal dilangsungkan pada September depan.

Advertisements
Advertisements

Bagi saingan King’s Cup 2024, Thailand telah menjemput tiga lagi negara besar Asia iaitu Tajikistan, Filipina dan juga Syria.

Untuk rekod, Thailand telah disingkirkan oleh Malaysia pada edisi 2022 dan merupakan naib juara bagi edisi tahun 2023 selepas tewas kepada Iraq di perlawanan akhir.

Advertisements

Kejohanan ini bakal berlangsung semasa kalendar antarabangsa FIFA iaitu 7 hingga 15 Oktober ini.

Kali terakhir Thailand berjaya menjuarai King’s Cup adalah pada edisi 2017 selepas menewaskan Belarus menerusi penentuan sepakan penalti.

Advertisements

Manakala pencapaian terbaik Malaysia dalam King’s Cup adalah pada tahun 1972 dan 1978 dengan mengakhiri kedudukan sebagai juara kejohanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram