Advertisements
King’s Cup: Malaysia Ke Final Hampakan Thailand
Asia
MakanBola
Flash Sukan

Aksi separuh akhir yang melibatkan pasukan Harimau Malaya yang turun menentang pasukan tuan rumah, Thailand berkesudahan dengan kemenangan bermakna milik Malaysia.

Malaysia turun dengan barisan terbaik dengan nama seperti Brendan Gan dan juga Safawi Rasid kembali dalam kesebelasan utama pasukan jelas mampu memberi impak yang cukup luar biasa.

Menentang jaguh yang beraksi di laman sendiri, pasukan negara bermula dengan cukup baik seawal wisel permainan dibunyikan.

Namun begitu, pasukan Gajah Perang terus menekan barisan pertahanan negara namun tenang dikawal oleh kapten pasukan, Dion Cools.

Malaysia yang menguasai sebahagian besar permainan akhirnya memecah kebuntuan apabila satu hantaran lintang cantik oleh Safawi Rasid singgah tepat kepada La’vere Corbin Ong yang mudah menolak masuk melepasi Kamkon Phatomakkakul pada minit ke-32.

Malaysia hampir menggandakan kedudukan apabila hantaran dari sepakan percuma oleh Azam Azih ditanduk cantik oleh Cools namun ianya sedikit tersasar.

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan beraksi seimbang namun Thailand sesekali cuba untuk menguji ketangkasan Ahmad Syihan Hazmi.

Syihan bertindak cemerlang untuk menafikan peluang terhidang Thailand di depan gol dengan satu penyelamatan pantas untuk mengawal keadaan.

Thailand akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan pada masa tambahan sekaligue mengheret ke penentuan penalti.

Syihan bertindak cemerlang namun Thailand

Harimau Malaya akan bertemu dengan Tajikistan pada perlawanan akhir, 25 September nanti selepas mereka berjaya membenam Trinidad & Tobago dengan keputusan 2-1.