Hassan Al-Haydos: Tiada Siapa Percaya Kami Ke Final
Asia
Qatar Football Association
Advertisements

Ketua pasukan Qatar, Hassan Al-Haydos menyatakan bahwa tiada siapa yang menjangka bahwa The Maroons akan layak ke peringkat akhir Piala Asia 2023.

Qatar berjaya bangkit menewaskan Iran pada aksi separuh akhir dengan keputusan 3-2.

Pemain berusia 33 tahun itu menganggap perlawanan akhir menentang Jordan esok bukan satu tugas mudah. 

Advertisements

“Perlawanan akhir akan menjadi sukar. Saya harap ia akan menjadi perlawanan akhir yang layak bola sepak Arab

“Sebelum kejohanan, tiada siapa menjangka kami akan ke final, tetapi berkat solidariti kami dan bekerjasama dengan jurulatih, kami dapat mencapainya,” katanya memetik laporan AFC Asian Cup.

Dalam pada itu, beliau juga mahu berterima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberikan sokongan tanpa henti hingga ke tahap ini.

Advertisements

Beliau juga akui kekuatan yang ada pada psukan Jordan, dalam perlawanan persahabatan sebelum ini Qatar tewas kepada Jordan.

“Pesanan saya kepada orang ramai: Semoga Tuhan memberi ganjaran kepada anda atas sokongan yang besar, dan kami menunggu anda di Lusail

“Ya, prestasi dari sudut estetik tidak seperti 2019, tetapi sebabnya ialah pembangunan pasukan dalam versi semasa.

Advertisements

“Saya tidak terkejut apabila Jordan mara ke final, kerana kami bermain perlawanan persahabatan dengan mereka sebelum kejohanan, dan mereka adalah pasukan yang bagus dan maju,” katanya.

Perlawanan akhir antara Qatar dan Jordan akan berlangsung pada 10 Februari, esok pada jam 11 malam waktu Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram