Haziq Nadzli Ketuk Pintu Hati Pau Marti
MakanBola
Perak FC
Sponsors

Kemenjadian prestasi penjaga gol Perak FC, Haziq Nadzli telah mengetuk pintu hati ketua jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente.

Biarpun hanya di dalam senarai menunggu, namun itu merupakan satu petanda bahawa prestasi semasa Haziq sedang dipantau rapi barisan kejurulatihan Harimau Malaya.

Ad
Sponsors

Haziq merupakan satu-satunya penjaga gol yang diletakkan di dalam senarai menunggu dengan Pau Marti membuat kejutan memanggil empat penjaga gol ke kem kebangsaan iaitu Syihan Hazmi, Azri Ghani serta dua penjaga gol muda iaitu Azim Al-Amin dan Haziq Aiman.

Ad

Penyenaraian nama Haziq di dalam senarai menunggu skuad kebangsaan bukanlah satu kejutan kerana aksi memukau Haziq pernah meraih pujian bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan.

“Saya bersetuju (Haziq sebagai pemain terbaik perlawanan) khususnya pada separuh masa pertama, dua situasi satu lawan satu yang diselamatkan memberi keyakinan kepada dia sendiri dan juga pasukan,” jelas Zainal Abidin.

Ad

Jika momentum ini berjaya diteruskan, tidak mustahil nama Haziq akan kembali ke kem latihan skuad kebangsaan suatu masa nanti.

Ad

Untuk rekod, Haziq telah merekodkan satu penampilan antarabangsa iaitu pada tahun 2018 ketika Malaysia seri 2-2 menentang Mongolia. Pada ketika itu, Malaysia di bawah kendalian jurulatih Nelo Vingada.

Ad