Advertisement
Hazwan Bakri Cetak Gol Sulung Untuk Kuching City
Liga Super
MakanBola
Kuching City FC

Bekas penyerang kebangsaan, Hazwan Bakri membuka akaun golnya bersama Kuching City FC dalam aksi terbaru Liga Super.

Sebelum ini, penyerang berusia 33 tahun itu terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) pada Disember 2023.

Selepas kembali cergas sepenuhnya, Hazwan menjadi antara rekrut terbaru The Cats dalam tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M).

Dan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu tidak mengecewakan Aidil Sharin Sahak bila turun sebagai pemain gantian dalam aksi liga menentang Negeri Sembilan FC.

Hazwan yang masuk menggantikan Alif Hassan pada minit ke-62 meledakkan gol pertama Kuching City pada minit ke-95.

Walau bagaimanapun, hajat The Cats meraih tiga mata di Stadium Negeri, Kuching musnah apabila kapten Sang Rusa, Annas Rahmat menyamakan kedudukan pada minit ke-115.

Keputusan 1-1 ini menyaksikan Kuching City di tangga ketujuh liga meskipun berkongsi 15 mata dengan Perak FC. Manakala Negeri Sembilan pula di tangga ke-12 dengan enam mata.

Bisa Hazwan bakal menjadi senjata terbaru The Cats di bahagian serangan apabila melayan kunjungan KL City FC pada 26 Oktober ini.