Hazwan Bakri Dikesan Jalani Pemulihan Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan terakhir Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada Disember lalu, ramai peminat ingin tahu perkembangan terbaru Ahmad Hazwan Bakri.

Baru-baru ini, bekas penyerang kebangsaan itu dikesan menjalani pemulihan bersama Harimau Selatan.

Hal ini dikongsikan sendiri Hazwan menerusi satu hantaran di Instagram Story beliau semalam. Selain menjalani pemeriksaan, beliau turut menggunakan kemudahan gimnasium JDT untuk kekal cergas.

Advertisements

Beliau sebelum itu mengalami kecederaan semasa aksi terakhir Liga Super musim 2023 menentang Penang FC pada Disember lalu.

Meskipun kini berstatus ejen bebas selepas dilepaskan JDT pada akhir musim lepas, pengurusan Harimau Selatan sentiasa menjaga kebajikan Hazwan.

Ini termasuk membantu pemulihannya sehingga beliau kembali cergas dan dapat mencari pasukan baru.

Advertisements

Hazwan merupakan sebahagian daripada enam tonggak JDT yang dilepaskan pada akhir musim 2023.

Selain beliau, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan, Adam Nor Azlin, Leandro Velazquez dan Diogo Luis Santo turut tidak dikekalkan Harimau Selatan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram