Hector Hevel Kesan Dua Faktor Kemenangan Malaysia Atasi Nepal
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Pemain Harimau Malaya, Hector Hevel telah mengesan dua faktor penting yang membawa kepada kemenangan ke atas Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027 pada Selasa.

Dalam satu temubual bersama Astro Arena, Hevel berpendapat bahawa intensiti permainan yang tinggi dan kombinasi dalam permainan membantu Malaysia mencipta kemenangan pada aksi sulung.

Ad

“Ya ianya perlawanan yang baik tapi permainan yang baik oleh semua pemain. Kesemua beraksi dengan cemerlang. Kita telah beraksi dengan intensiti yang baik dan mencipta kombinasi permainan.

Ad

“Kita telah menunjukkan permainan yang baik. Kami (pemain) gembira dapat buatkan penyokong gembira dengan kemenangan ini,” jelas Hector Hevel kepada Astro Arena.

Hevel, 28 menjadi enjin utama buat Harimau Malaya apabila gerakan-gerakan penting di bahagian tengah dilihat lancar dengan variasi hantaran yang tepat.

Ad

Pada aksi yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, Malaysia berjaya meledak jaringan pertama melalui rembatan deras Hector Hevel pada minit ke-29. Corbin Ong menambah derita Nepal pada minit ke-70 untuk menamatkan aksi dengan kemenangan 2-0.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments