Herlison Caion Kembali Sertai Chonburi
Asia Tenggara
Chonburi FC
Advertisements

Bekas penyerang Selangor FC, Herlison Caion kembali memeriahkan saingan liga Thailand dengan menyertai kelab Thai League 1, Chonburi hari ini.

Perpindahan penyerang Brazil itu diumumkan The Sharks menerusi satu hantaran di laman media sosial rasmi mereka.

Sebelum ini, bekas penyerang KL City FC itu dilaporkan menyertai Trat FC tetapi perpindahan tersebut gagal direalisasikan. Ini membuka ruang kepada Chonburi menyambar bekas penjaring terbanyak Selangor musim 2022 itu.

Advertisements

“Chonburi FC mengumumkan perpindahan penyerang Brazil berusia 33 tahun, Herlison Caion. Beliau kembali ke Stadium Chonburi sekali lagi sebagai persediaan menghadapi pusingan kedua Thai League 1 musim 2023-2024.

“Herlison Caion telah lulus ujian fizikal dan menandatangani kontrak. Beliau kini bersedia melapor diri dan melakukan latihan dengan rakan-rakan sepasukannya,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Semasa bersama Chonburi buat kali pertama, Caion merekodkan 29 penampilan, 14 gol dan tiga bantuan gol mengikut data Transfermarkt.

Advertisements

Sebelum kembali berkelana ke Thailand, Caion beraksi di V. League 1 bersama Hanoi FC. Beliau membantu kelab itu muncul naib juara V. League 1 untuk musim 2022-2023.

Caion merekodkan 14 penampilan, lapan gol dan dua bantuan gol bersama Hanoi sebelum memilih meninggalkan kelab itu pada November lalu.

Penyerang Brazil itu dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri beraksi di Thailand. Selain Chonburi, Caion juga pernah beraksi untuk Suphanburi, Muangkan United, PT Prachuap dan Navy.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram