Seorang penyokong Mexico hilang jawatan sebagai Presiden Persatuan Jurutera Geomatik & Juruukur Jalisco selepas membuat isyarat perkauman terhadap seorang penyokong Korea Selatan.
VNExpress melaporkan Ulises Fernando Bernal Miramontes dipecat daripada jawatan tersebut selepas video tindakannya itu tular di media sosial. Insiden ini berlaku dalam aksi pertama Kumpulan A Piala Dunia 2026 antara Korea
Pempengaruh terkenal Korea Selatan, Yoon Su-jin merakam video di tempat penyokong sebagai meraikan kemenangan Pahlawan Taeguk. Ekspresi ceria Su-jin bertukar kelat apabila beliau mengesan Bernal membuat isyarat perkauman termasuk isyarat mata sepet.
Video tersebut kemudiannya dimuat naik di platform TikTok menerusi akaunnya, @incocat_t. Su-jin menulis, “Saya datang dari jauh ke Mexico untuk Piala Dunia tetapi adakah saya terlalu sensitif?”
Beliau turut memuat naik hantaran seterusnya yang berbunyi, “Anda mengembara merentas dunia untuk Piala Dunia dan berdepan (ejekan) perkauman.”
Susulan itu, video tersebut tular di media sosial terutama di Korea Selatan dan Mexico. Insiden itu turut mendorong ramai penyokong Mexico memohon maaf kepada Su-jin atas perilaku buruk Bernal.
Selepas dikecam ramai pihak, Bernal akhirnya tampil memohon maaf atas apa yang berlaku. Dia juga telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Jurutera Geomatik & Juruukur Jalisco dan sedia berjumpa dengan Su-jin untuk memohon maaf secara peribadi.
Walau bagaimanapun, hantaran tersebut hanya keluar selepas persatuan itu mengadakan mesyuarat kecemasan dan memutuskan untuk memecat Bernal sebagai presiden.
Insiden ini berlaku sebelum Korea Selatan dan Mexico bertemu dalam aksi kedua Kumpulan A yang akan berlangsung pada 18 Jun ini.