Hong Kong Hampir Kejutkan Juara Pestabola Merdeka
Asia
MakanBola
FA Tajikistan
Advertisements

Hong Kong memberikan satu cabaran yang cukup hebat kepada juara Pestabola Merdeka 2023 sebelum tewas tipis dengan keputusan 2-1.

Perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sheikh Ziyad itu menyaksikan kedua-dua pasukan melakukan persiapan terbaik untuk ke Piala Asia 2023.

Advertisements

Pasukan bimbingan Petar Sergt melakukan tugas yang amat baik apabila berjaya memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang penyerang muda pasukan, Rustam Sairov pada minit ke-25.

Hong Kong yang baru sahaja menewaskan pasukan ke-78 dunia, China tempoh hari menyamakan kedudukan menerusi Everton pada minit ke-33.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-1.

View this post on Instagram

A post shared by TAJIKISTAN FOOTBALL FEDERATION (@fft_official)

Advertisements

Bersambung babak kedua, Tajikistan meningkatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukan dengan beberapa asakan bertali-arus.

Tajikistan tidak menunggu lama untuk memperoleh gol penyamaan menerusi rembatan Shahrol Samiev untuk mendahului permainan 2-1.

Advertisements

Kekebalan benteng pertahanan jaguh Asia Timur itu menafikan setiap peluang yang terhidang sekaligus mengheret perlawanan terikat hingga minit ke-90.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan keputusan mihak Tajikistan yang mengatasi Hong Kong dengan keputusan 2-1.

Sebagai rekod, Tajikistan tidak tewas dalam 5 perlawanan terakhir termasuklah ketika menewaskan Malaysia di Bukit Jalil dengan keputusan 2-0.

Advertisements

Advertisements

News Comments Account