Kelayakan Piala Dunia: Tajikistan Berpesta Gol Tewaskan Pakistan
Piala Dunia
FFT
Advertisements

Juara Pestabola Merdeka 2023, Tajikistan mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Kumpulan G selepas membelasah Pakistan 6-1.

Selepas mengikat Jordan 1-1 dalam aksi pertama kumpulan, The Crowns berharap dapat merekodkan kemenangan sulung dalam Kumpulan G.

Sementara Pakistan yang dibimbing Stephen Constantine berharap dapat bangkit selepas dibelasah Arab Saudi 4-0.

Advertisements

Seperti dijangka, anak-anak buah Petar Segrt tampil garang pada babak pertama. Amadoni Kamolov menceriakan penyokong pelawat dengan gol pertama pada minit kesembilan.

Belum sempat Pakistan pulih daripada gol berkenaan, The Crowns menambah gol kedua menerusi Rustam Soirov pada minit ke-13.

Dominasi Tajikistan sedikit tercabar apabila Pakistan merapatkan jurang menerusi Rahis Nabi pada minit ke-21.

Advertisements

Gol tersebut mendorong The Crowns menggandakan asakan bagi mengembalikan kelebihan mereka. Hasilnya, mereka meraih gol ketiga menerusi Parvizdzhon Umarbaev pada minit ke-26.

Ekhson Pandzhshanbe memastikan Tajikistan selesa mendahului 4-1 sehingga rehat menerusi gol keempat pada minit ke-45.

Bersambung pada babak kedua, The Crowns terus menggandakan asakan bagi memastikan mereka memiliki kelebihan gol yang besar di peringkat kumpulan.

Advertisements

Gol kelima pelawat hadir pada minit ke-66 menerusi gol kedua peribadi Kamolov. Ini menjadikan Tajikistan mendahului pada kedudukan 5-1.

Shahrom Samiev melengkapkan kecemerlangan The Crowns dengan gol keenam pada minit ke-91.

Dan itu sudah cukup buat anak-anak buah Segrt mengutip tiga mata penuh pertama mereka dalam Kumpulan G.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram