Hong Wan & Feroz Baharudin Kekal Bermakna Buat Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia, Kim Pan-gon memberi bayangan bahawa kelibat dua pemain pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hong Wan dan Feroz Baharudin kekal bermakna buatnya.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu telah membuat keputusan untuk memanggil 25 orang pemain ke kem latihan kebangsaan bagi mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak membawa dua bintang muda tersebut sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap masa depan pemain tersebut.

Advertisements

Kelibat dua pemain ini bagaimanapun kekal dalam senarai pemain bersedia sekiranya jurulatih tersebut memerlukan khidmat beliau.

Hong Wan dan Feroz tersenarai bersama Syafiq Ahmad dan Natxo Insa dalam senarai bersedia Harimay Malaya.

Keadaan ini juga memberi gambaran bahawa kelibat dua pemain ini kekal bermakna sebelum Pan-gon membuat keputusan akhir untuk membawa barisan pemain ke Piala Asia.

Advertisements

Barisan pertahanan dan tengah menyaksikan persaingan sengit dengan kepulangan Shahrul Saad dan Syahmi Safari merancakkan persaingan tersebut.

Malaysia juga memiliki senarai pemain berbakat seperti Brendan Gan, Stuart Wilkin, Nooa Laine dan Endrick untuk mengemudi jentera tengah negara.

@fariszukeiman

Saddil Ramdani angkat martabat kelab Malaysia di Asia. 🔥 Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #SaddilRamdani #SabahFC #Sabah #AFCCup #TimnasIndonesia #CapCut

♬ Jangan Gila Dong (Club Edit) – Lolita

Harimau Malaya akan membuka tirai saingan berdepan Kyrgyzstan pada 16 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram