“Hormati Lawan Yang Datang.” – Shin Tae-yong
MakanBola
Syafiq Freman / MakanBola
Sponsors

Insiden bas pasukan Thailand diserang penyokong Indonesia sebelum perlawanan Kumpulan A Piala AFF 2022 Indonesia-Thailand mengundang kerisauan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Ini kerana insiden sebegini bukan saja mengancam keselamatan penyokong tetapi kepada Tim Garuda.

Ia disuarakan oleh pengendali berdarah Korea Selatan itu bila diminta mengulas insiden tersebut. “Saya sangat terima kasih masyarakat sangat sayang dengan Timnas, tetapi harus tahu ini satu hal yang membahayakan penyokong sendiri, penonton yang datang. Jadi harus menghargai lawan yang datang.

Ad

“Tidak boleh memperlakukan lawan seperti itu. Kita juga akan datang ke negara lain, nanti diperlakukan seperti itu juga. Jadi, saya minta tolong jangan melakukan seperti itu,” katanya.

Ad

Indonesia bakal berdepan Filipina pada aksi terakhir Kumpulan A bagi menentukan slot kelayakan ke separuh akhir Piala AFF 2022. Dan perkara terakhir yang dimahukan PSSI ialah hukuman keras daripada badan bola sepak antarabangsa membabitkan AFF, AFC dan FIFA termasuk kemungkinan beraksi tanpa penonton.

Bukan sekali PSSI terpaksa menanggung bahana akibat gelagat penyokong Timnas Indonesia yang tidak berdisiplin. Dua tahun lepas, PSSI dikenakan denda 200,000 Franc Swiss (RM957,000) dan satu perlawanan tanpa penonton oleh FIFA kerana gagal mengawal tingkah laku penyokong.

Ad

Ini selepas penyokong Indonesia mencetuskan kekecohan semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 membabitkan Malaysia dan Indonesia pada 19 November 2019. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 0-2 Tim Garuda kepada Harimau Malaya.

Ad

Dua bulan sebelumnya, penyokong Indonesia membuat kecoh di Gelora Bung Karno semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 membabitkan Tim Garuda dan Harimau Malaya. Kekecohan ini mengakibatkan FIFA mendenda PSSI 45,000 Franc Swiss (RM215,000).

Ad