Bas Skuad Thailand Diserang Di Gelora Bung Karno
Dunia
@Mainstand Thai
Advertisements

Perlawanan keempat Kumpulan A Piala AFF 2022 membabitkan Indonesia dan Thailand dicemari insiden keganasan membabitkan penyokong hari ini. Ini selepas bas pasukan kebangsaan Thailand diserang penyokong tuan rumah semasa tiba di Stadium Gelora Bung Karno.

Walaupun mendapat kawalan keselamatan pihak polis, segelintir penyokong bertindak mengerumuni bas pasukan Gajah Perang dan melakukan provokasi. Ini termasuk membaling batu pada tingkap bas dan menunjukkan jari tengah terhadap para pemain dan staf pasukan.

Imej serangan ini mula tular di laman media sosial. Dan sebaik diketahui oleh warganet Indonesia, insiden tersebut dianggap memalukan mereka sebagai tuan rumah dan tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

Advertisements

Insiden serangan bas ini mengembalikan semula memori skuad Harimau Malaya yang menaiki kereta perisai Barracuda pada final Piala AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno. Tindakan tersebut diambil bagi mengelakkan skuad negara daripada menjadi mangsa tindakan ganas segelintir penyokong Indonesia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram