Bisa Hwang Hee-chan Makin Memuncak
Asia
MakanBola
FA Korea
Advertisements

Kelibat penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan bakal menjadi tumpuan pertahanan tiga pasukan Kumpulan E Piala Asia 2023 termasuk Malaysia.

Penyerang Wolverhampton Wanderers itu semakin berbisa apabila membantu pasukan itu membelasah Brentford 4-1 dalam aksi terbaru Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi tadi.

Advertisements

Hee-chan mengambil kesempatan daripada kesilapan pertahanan Brentford dengan menyumbat gol kedua Wolves pada minit ke-14.

Bekas penyerang RB Leipzig itu terus menjadi duri dalam daging kepada tuan rumah sebelum meledakkan gol ketiga pada minit ke-28.

Advertisements

Sumbangan dua gol Hee-chan memastikan dirinya terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 8.2 mata.

Advertisements

Sejak diberi peluang beraksi dengan konsisten di bawah kendalian Gary O’Neil, penyerang Korea Selatan itu sudah menyumbat 10 gol dalam 19 perlawanan EPL musim ini.

Ini menjadikan beliau penjaring keenam terbanyak EPL musim 2023-2024, empat gol ketinggalan di belakang pendahulu, Erling Haaland dari Manchester City.

Advertisements

Dengan kapten Korea Selatan, Son Heung-min meledakkan 11 gol dalam liga setakat ini, gandingan beliau dan Hee-chan bakal menjadi ancaman besar kepada Harimau Malaya.

Advertisements

Bagaimanapun, skuad negara amat bertuah kerana O’Neil sudah memberi petua cara menyekat ayam tambatan terbaru Wolves itu.

Malaysia dan Korea Selatan bakal bertemu dalam aksi terakhir Kumpulan E pada 25 Januari 2024 di Stadium Al-Janoub, Al-Wakrah, Qatar.

Advertisements

News Comments Account