Ibrahim Manusi Dilaporkan Menuju Ke Kelab Lembah Klang Bersyarat
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Usaha beberapa pasukan khususnya kelab di Lembah Klang bagi mendapatkan khidmat Ibrahim Manusi berdepan syarat ketat.

Tonggak tengah Sri Pahang itu mengharungi musim yang cemerlang sehingga menjadi nadi utama skuad Tok Gajah dan berhasil membantu pasukan bergelar naib juara Piala Malaysia.

Ad
Sponsors

Hasil prestasi memukau itu, Ibrahim ketika ini menjadi buruan banyak pasukan dengan kelab dari Lembah Klang dilaporkan makin hampir bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 23 tahun ini.

Ad

Walau bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan kelab Lembah Klang ini boleh merekrut Ibrahim dengan syarat perlu menunggu keputusan status Sri Pahang musim depan.

Ini kerana Ibrahim atau lebih mesra disapa Baim masih terikat kontrak bersama Sri Pahang dan bakal berakhir pada hujung tahun 2027 sebelum pemain ini akan bergelar ejen bebas.

Ad

“Ibrahim Manusi bakal sertai sebuah pasukan Lembah Klang, namun bergantung kepada status Sri Pahang,” lapor Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Difahamkan, kontrak Baim (Ibrahim Manusi) bersama Tok Gajah berakhir 2027,” tambah beliau.

Ad

Ketika ini, status pasukan Sri Pahang pada musim hadapan masih belum mempunyai kata putus setelah Pemilik Kelab, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mengumumkan untuk mengundur diri.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments