Safee Sali Harap Ibrahim Manusi Dipanggil Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali berharap jeneral tengah Sri Pahang FC, Ibrahim Manusi dipanggil menyertai Harimau Malaya.

Pandangan itu dibuat beliau selepas Ibrahim menunjukkan prestasi cemerlang dalam aksi final Unifi Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang pada 26 April lalu.

Ad
Sponsors

Pemain tengah berusia 23 tahun itu kelihatan cekap mengawal jentera tengah Tok Gajah. Malah, Ibrahim juga banyak membantu mematahkan setiap serangan yang digerakkan JDT.

Ad

Meskipun tewas, prestasi beliau dalam perlawanan itu memukau ramai pihak termasuk bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. Akmal melihat Ibrahim sebagai permata baru bola sepak negara.

Atas sebab itu, Safee mengharapkan peluang menyertai Harimau Malaya diberi kepada beliau untuk menonjolkan kemampuannya di peringkat antarabangsa.

Ad

“Saya rasa patut diberi peluang sebab bermain dengan sangat baik,” katanya semasa menjadi panel Nindia.

Ad

Pandangan Safee turut dipersetujui seorang lagi bekas tonggak Harimau Malaya, Razman Roslan. Razman melihat Ibrahim patut diberi peluang atas persembahannya sepanjang musim 2024/25.

Ad

“(Ibrahim) wajar diberi peluang. Dengan komitmen, kerajinan dan kerja keras dia di atas padang, saya rasa beliau bekerja keras mengawal bahagian tengah Sri Pahang.

“Kalau dia tiada, mudah bagi pasukan JDT masuk ke bahagian pertahanan Sri Pahang,” ujarnya.

Musim 2024/25 menyaksikan Ibrahim sudah merekodkan 25 penampilan dalam semua kejohanan termasuk Unifi Piala Malaysia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments