Igor Štimac: India Pasukan Yang Berkualiti Di Asia
Harimau Malaya
Indian Football
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan India, Igor Štimac yakin pasukannya memiliki kelebihan berdepan Malaysia di Pestabola Merdeka.

Pasukan ke-102 dunia itu turun dengan misi besar apabila berdepan pasukan bimbingan Kim Pan-gon di tempat lawan.

Beliau bagaimanapun memberi gambaran bahawa India bakal turun tanpa beberapa tonggak utama yang dilanda kecederaan sementara pemain yang dibawa juga bergelut dengan kecergasan.

Advertisements

Stimac mengakui skuad kendaliannya tidak memiliki kelebihan besar berdepan Harimau Malaya disebabkan tidak memiliki ‘pool’ pemain yang besar.

“Ya kami ada beberapa kecederaan yang dialami oleh barisan pemain. Dua bintang utama pasukan tidak dibawa ke Pestabola Merdeka dan ada yang kurang cergas.”

Advertisements

“Kami tidak memiliki skuad yang besar dan saya perlu memilih barisan pemain yang ada.”

Pengendali kelahiran Croatia itu yakin India memiliki kelebihan disebabkan rekod cemerlang mereka sejak kebelakangan ini.

Advertisements

“Saya rasa antara kelebihan besar kami adalah rekod yang baik. Tahun ini saya rasa kami beraksi dengan baik dan ini menjadi antara kekuatan kami berdepan Malaysia,” jelasnya pada sidang media hari ini.

India menang dua aksi, seri satu dan kalah dua dalam lima perlawanan terakhir tahun 2023.

Advertisements

Malaysia dan India akan berentap pada 13 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 9 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram