Penyerang kebangsaan Singapura, Ikhsan Fandi mengakui kehebatan tonggak pertahanan, Facundo Garces.
Peledak berusia 27 tahun itu beraksi bersama BG Pathum United di Thailand dan menjadi antara tonggak berbisa pada saingan Liga 1 Thailand.
Ikhsan dalam satu temu bual ringkas bersama ASEAN United menjelaskan bahawa perancang tengah Thailand, Chanatip Songkrasin merupakan pemain terbaik yang pernah beliau temui.
Beliau bagaimanapun memberikan pandangannya terhadap beberapa pertahanan yang dianggap memberikan cabaran terbaik untuk menafikan peluangnya di atas padang.
Antara salah satu nama yang meniti di bibir anak lagenda Singapura ini ialah pertahanan kelahiran Argentina, Facundo Garces.
Tonggak berusia 26 tahun ini dilabel sebagai antara salah seorang pertahanan terbaik yang pernah dihadapinya sepanjang karier profesional.
“Facundo Garces antara pertahanan terbaik yang pernah saya hadapi,” ujar Ikhsan dengan teruja.
Kedua-dua pemain ini pernah bertemu ketika aksi persahabatan pasukan kebangsaan melibatkan pertembungan antara Singapura menentang Malaysia di Bukit Jalil, September lalu.