Ikhsan Fandi Bersedia Bila-Bila Masa ‘Gegar’ ACL
MakanBola
BG Pathum
Sponsors

Penyerang berbisa BG Pathum FC, Ikhsan Fandi pada bila-bila masa sahaja boleh diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu mengalami detik hitam apabila dilanda kecederaan panjang sekaligus terlepas baki hampir 30 perlawanan dalam tempoh 285 hari.

Ad

Peledak kebangsaan Singapura itu bagaimanapun kembali mengukir senyuman di wajah penyokong kelab gergasi Thailand itu apabila kelibatnya mula dilihat bersama pasukan.

Ad

BG Pathum baru sahaja memulakan tiga aksi liga setakat ini dengan merekodkan satu kemenangan dan dua seri.

Menerusi beberapa hantaran oleh BG Pathum, anak kepada lagenda bola sepak Singapura iaitu Fandi Ahmad ini sudah pun mula berlatih bersama pasukan hujung Ogos lalu.

Ad

Ikhsan juga dijangka dipersiapkan menjelang ACL 2023 sungguhpun sudah mula menjalani latihan pra-musim, Jun lalu.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by IX9 (@ikhsanfandi)

Ad

Bekas pemain Jerv di Norway itu masih belum membuat sebarang kemunculan dalam saingan Liga 1 Thailand musim ini.

Beliau kini sudah mula berlatih dan mempersiapkan diri untuk menempuh saingan ACL yang sengit apabila diundi menentang Kawasaki Frontale, Ulsan Hyundai dan JDT.

Ikhsan sudah menjaringkan 3 gol dalam 7 penampilan di ACL dan juga sudah meledak 50 gol sepanjang kariernya.